Tuesday 25 June 2013

MamaCare Program Holistik Selepas Bersalin



Dicipta pada Rabu, 12 Disember 2012
Ditulis oleh Administrator LPPKN
MAMACARE adalah Program penjagaan berpantang yang diperkenalkan oleh LPPKN untuk Isirumah Berpendapatan Rendah untuk meningkatkan pendapatan bulanan mereka di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) 7.
Ini adalah satu program perintis yang memberi tumpuan kepada penjagaan berpantang secara holistik kepada ibu-ibu selepas bersalin untuk meningkatkan status kesihatan mereka, meningkatkan pengetahuan dalam pengurusan bayi  yang baru lahir dan juga keluarga mereka.
Bengkel latihan telah diadakan di Pusat Eduskills & Pembangunan di Sri Kembangan pada 19 hingga 22 November 2012 dengan 31 peserta dari Isi rumah berpendapatan rendah. Lima orang Jururawat LPPKN dari negeri berkenaan telah dilatih untuk menjadi pegawai perhubungan dan memantau prestasi peserta.
Para peserta akan menyediakan perkhidmatan mereka di Pusat Keluarga LPPKN dan kepada orang awam oleh inisiatif mereka sendiri atau rujukan daripada Jururawat LPPKN melalui Motivasi Wad di Hospital.
5 Pusat Keluarga LPPKN yang terlibat adalah seperti berikut: -
1. Anak Bukit, Kedah
2. Bertam, Pulau Pinang
3. Seremban 2, Negeri Sembilan
4. Selayang, Selangor
5. UTC, Pudu Central, Wilayah Persekutuan.
MATLAMAT PROGRAM MAMACARE
  • Meningkatkan kesejahteraan wanita dan keluarga dengan memperkasakan ekonomi wanita melalui program pembangunan kapasiti MAMACARE.
OBJEKTIF
  • Membantu wanita warga emas, ibu tunggal dan kumpulan Low Income Household menambah  pendapatan keluarga melalui latihan MAMACARE.
  • Memberi khidmat penjagaan selepas bersalin yang selamat secara tradisional dan moden kepada ibu-ibu.
  • Membantu ibu-ibu selepas bersalin pulih untuk kembali berkerja.